IKLAN

Macam mana dapat tau Reiki ni?...

Mungkin itu yang berlegar2 di kepala pembaca sekalian. Tapi jangan bimbang. Semua akan terjawab sebentar lagi. Dengan penerangan yang lebih kurang kat bawah nanti, mungkin anda semua akan teruja dan berminat nak tau reiki lebih lanjut lagi.

Bermulanya saya tau reiki ni secara tak sengaja pada awal tahun 2008 ni. Saya ni selalu sakit belakang dan resdung. Pada satu hari, masa tu kat ofis, surf la internet ni untuk mencari2 kut2 ada ubat atau teknik atau rawatan yang boleh menghilangkan sakit belakang saya ni. Masa tu dalam kepala ni tengah mencari rawatan alternatif la. Maklum lah. Saya ni kan suka benda2 yang berbentuk spiritual, psikik, ESP dan lain2 ni.

Tetiba terjumpa la satu rawatan. Nama dia rawatan penyembuhan reiki oleh seorang melayu yang bernama Master Syed Mansoor (link: http://www.freewebs.com/energy-reiki/aku.htm). Kat situ dia menyediakan rawatan reiki ni dengan mahar atau bayaran RM 10 topup Celcom je. So, bagi saya, kalau RM 10 tu dapat sihatkan badan, apa salah nya mencuba.

Saya pun topup la kat beliau dan SMS la beliau. Pada malam itu juga, rawatan reiki pun berlangsung pada pukul 9.00pm. Dalam keadaan duduk posisi meditasi tu, saya dapat rasakan ada satu tenaga masuk dalam badan saya bermula pada tulang belakang saya sampai ke atas kepala. Lama saya dapat rasakan tenaga tu. Rawatan tu berlangsung selama 20 minit. Rawatan yang di beri sebanyak 3 kali. Selepas rawatan tu, sakit belakang saya hilang. Selsema saya akibat resdung pun berkurangan. Saya jadi lebih bersemangat.

Bermula dari hari itu, saya pun mencari la guru reiki. Guru reiki saya pun attune la saya. So sekarang, saya jadi salah sorang pengamal reiki:).

Tiada ulasan:

IKLAN