IKLAN

Muqaddimahnye...

Bismillah…

Syukur ke hadrat ilahi kerana memberikan saya ilham untuk mencurahkan apa yang terbuku hati dan terbelajar dalam otak ni ke atas blog ni untuk tatapan semua. Terima kasih kerana sudi membaca blog ini wahai pelawat sekalian. So, terciptanya blog ini masa lepak dengan kawan saya di Parit Buntar :), adalah untuk beberapa perkara;

· Mengisahkan pengalaman saya dan rakan dalam mencapai tahap master dalam ilmu penyembuhan alternatif terutamanya “Reiki” dan seni mempertahankan diri
· Menarik minat umum tentang parapsychology, ESP (deria ke-6), penyembuhan badan dan jiwa, dan sewaktu dengan nya
· Menyediakan beberapa latihan yang simple untuk membangunkan kemampuan psikik diri
· Mencari dan membentangkan maklumat dan kajian dari internet tentang perkara2 yang telah disebutkan di atas

Untuk pengetahuan pembaca sekalian, saya ni tak la pandai sangat dalam bab ni berbanding dengan master or guru yang lain tapi sesiapa nak cuba, buleh la cuba dengan saya melalui blog ni. Banyak orang yang mengabai atau tak nak ambil tahu pasai benda2 macam ni. Mereka kata karut atau tak masuk akal. Nak cerita skit, saya dulu pun berpendapat demikian. Tetapi bila dah berguru, dan merasa segala yang pelik tu, baru lah terbuka hati dan mata ni untuk mendalamkan lagi ilmu2 yang berkenaan.

Kepada yang ingin menyumbangkan artikelnya atau pun komen yang membina, sila berbuat demikian di bahagian komen kat bawah ni. Saya juga mengharapkan pandangan dan pengalaman anda semua untuk dikongsikan bersama2. Saya bukan lah master sangat dalam bab nie, maksudnya walaupun pembelajaran dah sampai tahap master tetapi bagi saya belum cukup lagi. Kena berguru lagi. Oleh itu jangan menganggap saya ni master pulak. Blog ni untuk catatan perbincangan dan menyampaikan idea, ilmu dan pengalaman saya kepada anda sahaja.

Diharap dengan ilmu2 dan latihan2 yang simple yang akan saya sediakan nanti dapat dimanafaatkan untuk kebaikan. Saya menulis ilmu2 ini dengan keizinan guru2 saya. Jika sesiapa yang mencuba tetapi mengalami sakit2 atau sewaktu dengan nya, harap berhenti. Saya tidak akan bertanggungjawab ke atas perkara itu. Jika anda ingin mencuba, silakan dengan kerelaan hati anda. Jika ada tersalah bahasa, tersalah kata, harap maaf la yek. Harap teruskan lagi bertandang untuk masa yang akan datang di blog ni….

Tiada ulasan:

IKLAN